Followers

Cara masak nasi minyak

 Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras (cuci bersih dan rendam selama 30 minit)
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tambahkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis, ketumbar dan serbuk kunyit. Gorengkan bahan-bahan ini sehingga wangi.

  2. Tambahkan beras yang telah dicuci dan kacau rata dengan bahan-bahan yang telah digorengkan. Gorengkan sekejap.

  3. Tambahkan air dan garam ke dalam periuk dan kacau rata. Biarkan air mendidih dan masak nasi pada suhu sederhana sehingga air telah diserap oleh nasi.

  4. Tutup periuk rapat dan kecilkan api. Biarkan nasi merebus selama 15-20 minit.

  5. Setelah nasi masak, biarkan nasi dalam periuk selama 10 minit sebelum dihidangkan. Aduk-aduk nasi dan angkat daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis dan pelaga sebelum dihidangkan. Nasi minyak siap untuk disajikan.

Resepi nasi ayam cina

Resepi nasi ayam cina yang selalu orang perkatakan ini sebenarnya adalah resepi nasi ayam hainan dan rasanya sememangnya lazat dan sedap.

Terdapat sedikit perbezaan nasi ayam cina dan siam iaitu nasi ayam siam menggunakan akar daun ketumbar yang dipotong sepanjang satu setengah inci sebanyak 3 hirisan. Akar ini dicampur sekali ke dalam sos beserta bawang putih dan minyak bijan bagi membangkitkan aroma.


Sebagai tambahan, anda boleh menonton video isitimewa daripada pengarah terkenal Michael Ang berkenaan cara memasak nasi ayam hainan. Selamat mencuba!


Ramuan:



Untuk nasi dan ayam:

2 peha ayam, berkulit
1 inci halia muda, dikupas dan dipenyet
3 batang daun bawang (bahagian putih sahaja, dipotong sepanjang 3 inci)
2 ulas bawang putih, dikupas dan dipenyet
3 helai daun pandan, diikat
2 cawan beras
1 sudu teh serbuk stok ayam

Untuk perasa:

1 keping halia muda besar, diparut dan diperah untuk jusnya
1 genggam daun bawang, dipotong
1 sudu teh serbuk stok ayam
1 sudu besar minyak bijan
Garam dan lada hitam

Cara:


1. Bilaskan peha ayam dengan air dan keringkannya. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam kepada kedua-dua permukaan.

2. Basuh beras dan masukkan air yang mencukupi untuk memasaknya. Tambahkan daun pandan, bahagian putih daun bawang, halia, bawang putih, dan serbuk stok ayam.
3. Masukkan peha ayam dengan bahagian berkulit di atas nasi. Tutupkan periuk dan biarkannya masak. Jangan bukakan penutup sehingga 10 minit selepas butang 'Cook' sudah timbul. Apabila masa sudah tiba, keluarkan peha ayam dan potongkannya sehingga ia menjadi ketulan kecil dan hidangkannya bersama nasi dan perasa-perasa.
4. Untuk membuat perasa-perasa, gorengkan bawang putih yang telah dipotong secara sederhana menggunakan minyak masak. Tuangkannya ke dalam mangkuk dan campur-aduk bersama bahan-bahan lain. Tambahkan garam dan lada sehingga ia berasa sedikit masin.

PUNCA MINYAK KERETA KUAT UNTUK ENJIN PETROL KARBURETOR SAHAJA

Pelbagai punca yang menjadi asbab kuatnya penggunaan minyak petrol oleh enjin kereta. Walaubagaimanapun, penulis hanya akan membincangkan dalam skop yang terhad kerana kekangan ruang, pengetahuan mendalam serta masa yang terbatas.

Penulis akan membincangkan berdasarkan pengalaman dan eksperimen. Dengan ini disenaraikan sebab-sebab yang mungkin.

1) Masalah karburetor.

Sepertimana yang kita ketahui, di sini lah tempat pembahagian serta percampuran nisbah ataupun kadar yang betul antara udara dan bahan bakar (petrol). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian di karburetor yang boleh digunakan bagi melaraskan serta mengawal jumlah udara dan minyak yang memasuki karburetor. Selain itu, terdapat juga bahagian 'penyejuk' yang menggunakan air sebagai elemen penyejuk tersebut. Air akan melalui di bahagian permukaan karburetor agar suhu karburetor terkawal.

Oleh itu, adalah penting bagi mendapatkan 'bunyi' serta penggunaan minyak yang betul pada karburetor. Bunyi 'mengaum' seperti rpm tinggi mungkin disebabkan udara berlebihan yang memasuki karburetor. Ini akan menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Pastikan bunyi enjin ketika dalam keadaan 'idle' adalah pada tahap sederhana.

Terdapat skru di bahagian belakang karburetor yang 'menekan' kabel 'pedal minyak'. Skru ini perlu menyentuh serta menekan sedikit sahaja kabel tersebut supaya bunyi enjin dan rpm adalah pada tahap sederhana. Tujuan skru ini adalah bagi mengelakkan timing enjin terlalu rendah yang menyebabkan ia sukar dihidupkan ketika udara sejuk.

2) Masalah distributor

Bahagian ini tidak kurang pentingnya kerana bahagian ini lah yang akan mem'bahagikan' jumlah kuasa yang dihasilkan daripada spark plug enjin kepada omboh enjin di dalam blok. Kesalahan dalam memasang kabel spark plug kepada distributor mengikut turutan nombor yang betul akan menyebabkan enjin menjadi samada underpower atau overpower. Kedua-duanya adalah tidak bagus kepada enjin serta akan menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan. Sila rujuk manual bagi pemasangan kabel distributor yang betul. Setelah pemasangan dipasang mengikut turutan yang betul, pelarasan distributor hendaklah dilakukan. Sebaiknya dilakukan seramai 2 orang bagi mendapatkan rotasi pelarasan distributor yang terbaik. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kuasa pencucuhan yang tidak sekata daripada spark plug yang seterusnya akan memberikan pula kuasa yang tidak sekata kepada setiap bahagian blok enjin.

3) Masalah ekzos

Sistem ekzos yang terlalu kompleks serta menghasilkan bunyi yang kuat, ataupun terdapat kebocoran, juga menyumbang kepada penggunaan petrol berlebihan.

4) Masalah penapis udara

Penapis udara jenis K&N yang sering dikaitkan dengan tujuan 'lumba' (racing) juga akan menyebabkan penggunaan udara dan minyak yang tidak sekata di dalam karburetor. Ini juga akan meningkatkan penggunaan petrol.

5) Masalah pengubahsuaian

Sesetengah kereta mungkin telah diubahsuai oleh pemilik asal terdahulu. Pengubahsuaian di bahagian blok enjin seperti 'membesarkan' bahagian blok dengan cara tertentu, juga menjadi punca penggunaan petrol berlebihan.

6) Masalah valve

Valve yang mengawal sistem radiator haruslah dipastikan tidak haus. Sila ganti dengan yang baru jika ia telah haus. Ini penting agar sistem penyejukan enjin adalah terkawal. Jika valve tidak berfungsi dengan baik, besar kemungkinan air di dalam radiator tidak dapat 'membuang' suhu panas secara efektif yang lama kelamaan akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol dan akhirnya kerosakan enjin kenderaan.

Sekian sahaja, sebarang kemusykilan sila kemukakan di bahagian komen. Penulis akan menjawab sekadar termampu sahaja. Terima kasih.


Hotel Ixora, Perai.


Sejajar dengan bangunan ni adalah sebuah hypermarket yang dipanggil Pacific. Maksud Ixora adalah bunga JEJARUM. Kerana itu ia menggunakan logo bunga jejarum.









The difference between then and now

The Corrs are actually siblings . The band is from UK. The first one from left is the eldest. Then it goes in accordance for the number two, three and four.




Some say Leonardo experienced the faster growing age. Well, what do you think?



He still terminator


If you still remember, this guy is from the Batman Forever.





Famous actor from F.R.I.E.N.D.S sitcom -NBC


Famous Rachel, also from F.R.I.E.N.D.S

Image result for then and now

He still has the shapes.


Immortal Keanu a.k.a Neo


Mr. George of The Jungle.


Well that's all we have for today. Thanks for visiting. See ya.



Antara hotel tepi laut paling best di Pulau Pinang


Hotel ni best gak. Bos aku yang baik hati sponsor. Bilik besar gak. Ade balcony. Ni aku tangkap gambar dari balcony la. 

Malam tu dinner kat bawah hotel. Ground floor. Level underground pun ade. Kat situ ade tempat parking dan convenient shop. Alah, kedai serbaneka. Omputih cakap pe tah. 

Tapi swimming pool dia strict sikit. Korang kena pakai baju renang atau swimming trunk. Omputih panggil ape tah. T-shirt strictly forbidden.

Tapi kalau korang takde swimming trunk, korang ade alternatif lain iaitu mandi laut. Belakang hotel je pun. Lagi bestt.

Puas aku mandi. Air dia tak masin sgt pun. Mungkin ade mase kot. Selain tu korang juga boleh main banana boat etc.

Oh ya. Nama hotel ni RAINBOW PARADISE HOTEL, BATU FERINGGHI. Mai la...

Pemandangan indah masjid shah alam

Aku ambil gambar ni dalam bulan puasa. Nak buat kenangan sebab pengajian aku kat shah alam ni dah dekat nak habis.

Mesti aku akan merindui tempat ni :,(

tpop

Powered by Helplogger