Followers

PUNCA MINYAK KERETA KUAT UNTUK ENJIN PETROL KARBURETOR SAHAJA

Pelbagai punca yang menjadi asbab kuatnya penggunaan minyak petrol oleh enjin kereta. Walaubagaimanapun, penulis hanya akan membincangkan dalam skop yang terhad kerana kekangan ruang, pengetahuan mendalam serta masa yang terbatas.

Penulis akan membincangkan berdasarkan pengalaman dan eksperimen. Dengan ini disenaraikan sebab-sebab yang mungkin.

1) Masalah karburetor.

Sepertimana yang kita ketahui, di sini lah tempat pembahagian serta percampuran nisbah ataupun kadar yang betul antara udara dan bahan bakar (petrol). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian di karburetor yang boleh digunakan bagi melaraskan serta mengawal jumlah udara dan minyak yang memasuki karburetor. Selain itu, terdapat juga bahagian 'penyejuk' yang menggunakan air sebagai elemen penyejuk tersebut. Air akan melalui di bahagian permukaan karburetor agar suhu karburetor terkawal.

Oleh itu, adalah penting bagi mendapatkan 'bunyi' serta penggunaan minyak yang betul pada karburetor. Bunyi 'mengaum' seperti rpm tinggi mungkin disebabkan udara berlebihan yang memasuki karburetor. Ini akan menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Pastikan bunyi enjin ketika dalam keadaan 'idle' adalah pada tahap sederhana.

Terdapat skru di bahagian belakang karburetor yang 'menekan' kabel 'pedal minyak'. Skru ini perlu menyentuh serta menekan sedikit sahaja kabel tersebut supaya bunyi enjin dan rpm adalah pada tahap sederhana. Tujuan skru ini adalah bagi mengelakkan timing enjin terlalu rendah yang menyebabkan ia sukar dihidupkan ketika udara sejuk.

2) Masalah distributor

Bahagian ini tidak kurang pentingnya kerana bahagian ini lah yang akan mem'bahagikan' jumlah kuasa yang dihasilkan daripada spark plug enjin kepada omboh enjin di dalam blok. Kesalahan dalam memasang kabel spark plug kepada distributor mengikut turutan nombor yang betul akan menyebabkan enjin menjadi samada underpower atau overpower. Kedua-duanya adalah tidak bagus kepada enjin serta akan menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan. Sila rujuk manual bagi pemasangan kabel distributor yang betul. Setelah pemasangan dipasang mengikut turutan yang betul, pelarasan distributor hendaklah dilakukan. Sebaiknya dilakukan seramai 2 orang bagi mendapatkan rotasi pelarasan distributor yang terbaik. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kuasa pencucuhan yang tidak sekata daripada spark plug yang seterusnya akan memberikan pula kuasa yang tidak sekata kepada setiap bahagian blok enjin.

3) Masalah ekzos

Sistem ekzos yang terlalu kompleks serta menghasilkan bunyi yang kuat, ataupun terdapat kebocoran, juga menyumbang kepada penggunaan petrol berlebihan.

4) Masalah penapis udara

Penapis udara jenis K&N yang sering dikaitkan dengan tujuan 'lumba' (racing) juga akan menyebabkan penggunaan udara dan minyak yang tidak sekata di dalam karburetor. Ini juga akan meningkatkan penggunaan petrol.

5) Masalah pengubahsuaian

Sesetengah kereta mungkin telah diubahsuai oleh pemilik asal terdahulu. Pengubahsuaian di bahagian blok enjin seperti 'membesarkan' bahagian blok dengan cara tertentu, juga menjadi punca penggunaan petrol berlebihan.

6) Masalah valve

Valve yang mengawal sistem radiator haruslah dipastikan tidak haus. Sila ganti dengan yang baru jika ia telah haus. Ini penting agar sistem penyejukan enjin adalah terkawal. Jika valve tidak berfungsi dengan baik, besar kemungkinan air di dalam radiator tidak dapat 'membuang' suhu panas secara efektif yang lama kelamaan akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol dan akhirnya kerosakan enjin kenderaan.

Sekian sahaja, sebarang kemusykilan sila kemukakan di bahagian komen. Penulis akan menjawab sekadar termampu sahaja. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

tpop

Powered by Helplogger