Followers

Resepi nasi ayam cina

Resepi nasi ayam cina yang selalu orang perkatakan ini sebenarnya adalah resepi nasi ayam hainan dan rasanya sememangnya lazat dan sedap.

Terdapat sedikit perbezaan nasi ayam cina dan siam iaitu nasi ayam siam menggunakan akar daun ketumbar yang dipotong sepanjang satu setengah inci sebanyak 3 hirisan. Akar ini dicampur sekali ke dalam sos beserta bawang putih dan minyak bijan bagi membangkitkan aroma.


Sebagai tambahan, anda boleh menonton video isitimewa daripada pengarah terkenal Michael Ang berkenaan cara memasak nasi ayam hainan. Selamat mencuba!


Ramuan:



Untuk nasi dan ayam:

2 peha ayam, berkulit
1 inci halia muda, dikupas dan dipenyet
3 batang daun bawang (bahagian putih sahaja, dipotong sepanjang 3 inci)
2 ulas bawang putih, dikupas dan dipenyet
3 helai daun pandan, diikat
2 cawan beras
1 sudu teh serbuk stok ayam

Untuk perasa:

1 keping halia muda besar, diparut dan diperah untuk jusnya
1 genggam daun bawang, dipotong
1 sudu teh serbuk stok ayam
1 sudu besar minyak bijan
Garam dan lada hitam

Cara:


1. Bilaskan peha ayam dengan air dan keringkannya. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam kepada kedua-dua permukaan.

2. Basuh beras dan masukkan air yang mencukupi untuk memasaknya. Tambahkan daun pandan, bahagian putih daun bawang, halia, bawang putih, dan serbuk stok ayam.
3. Masukkan peha ayam dengan bahagian berkulit di atas nasi. Tutupkan periuk dan biarkannya masak. Jangan bukakan penutup sehingga 10 minit selepas butang 'Cook' sudah timbul. Apabila masa sudah tiba, keluarkan peha ayam dan potongkannya sehingga ia menjadi ketulan kecil dan hidangkannya bersama nasi dan perasa-perasa.
4. Untuk membuat perasa-perasa, gorengkan bawang putih yang telah dipotong secara sederhana menggunakan minyak masak. Tuangkannya ke dalam mangkuk dan campur-aduk bersama bahan-bahan lain. Tambahkan garam dan lada sehingga ia berasa sedikit masin.

No comments:

Post a Comment

tpop

Powered by Helplogger